Saturday, June 8, 2013

Feeling feeling Pantai yang Segar dengan Johnsons Oxygen Fresh Gel Lotion


Emmagem-JBC-Oxygen-Fresh-Gel-Lotion_Mood-Shot-1-678x1024 (1)
image source : Google
Askm/selamat sejahtera
Oleh kerana tidak lama lagi aku akan bercuti cuti Malaysia ke sebuah pulau, feeling feeling menghadap pantai dengan angin sepoi sepoi pun datang. Bila tebayang banyang, rasanya ini lah saat sesuai untuk aku buat review Product Johnson & Johnson body care Oxygen Fresh Gel Lotion ni. Ada kena mengena ka? hee

Im always fan of Johnson & Johnson especially lotion dia. Sebab harga dan kesan sangat berbaloi. Pernah beli lotion mahal mahal (vaseline color kuning) sebab ramai yang kata bagus untuk kulit kering. Pastu pegi la beli dekat guardian time tu ada promosi beli botol besar dapat free botol kecil. Apa lagi aku grab la. Tapi bila pakai la makin teruk jadinya kulit kaki aku jadi mengelupas. Bila seminggu pakai macam tu jugak, aku terus stop,  aku bagi dekat orang lain! Rugi. So moral of the story tidak semestinya produk tu sesuai  dengan orang lain, sesuai gak dengan kita.

Oleh kerana itu jugak aku just beli 100ml  Johnson & Johnson body care Oxygen Fresh Gel Lotion ni sebagai tester. Boleh tahan lama jugak sudah masuk 4 bulan belum habis lagi. Smile

C360_2013-05-25-21-21-21-657
Made in: Thailand
Content: 100ml
Harga : rm4-6

Dinyatakan (di botol lotion) bahawa produk ini akan membuatkan  kulit rasa segar, terhidrat dan lembuk dan cantik . Ia mengandungi:

mineral laut
- Ekstrak merah seperti karang yang membantu kulit menyerap oksigen
- Pati kelembapan air laut untuk penghidratan lebih  tahan lama


C360_2013-05-25-21-18-44-925

Texture lotion ini lebih cair  dan ringan berbanding lotion lain yang pernah aku cuba. Lotion ini menyerap  dengan sangat cepat dan meninggalkan kesan segar dan lembut pada kulit. Rasa sejuk sejuk gitu!Lotion ini jugak   mempunyai bau yang sangat menyegarkan . Bau yang tidak begitu keterlaluan. 

Experiment di  bawah aircond
Oleh kerana aku berkerja dalam aircornd hampir 9 jam, Kulit aku kadang kadang kering sehingga gatal dan meninggalkan kesan menggelupas terutama di siku. So aku try sapu lotion ini  di siku beberapa kali. Tetapi rasa gatal tidak hilang dan ia kurang melembabkan kulit.


Perkara yang aku sukaRed heart tentang lotion ini:

Red heartBau yang yang tidak terlalu kuat. Sangat menyegarkan.
Red heart Cepat menyerap dan tidak meninggalkan rasa melekit
Red heart Meninggalkan rasa cooling effect! Rasa sejuk sejuk pada kulit- Sangat sesuai di pakai selepas mandi & selepas berada dalam cuaca panas. Kulit tersa lembut.
Red heartHarga sangat berbaloi sebab boleh pakai 1 badan. FAST SIMPLE SAVE COST & TIME

Perkara Yang kurang memuaskanConfused smile :

Confused smile hanya 1! Ia sangat menyegarkan tetapi tidak membantu dalam melembabkan kulit yang cepat kering macam aku ni. Lebih prefer yang color pink! Winking smile

Adakah aku akan beli lagi?
Mungkin beli kalau pegi pulau/pantai lagi hehehHot smile


Korang guna  lotion Johnson & Johnson tak? Mana satu fav korang?


Terima kasih kerana membaca post iniRed heart

4 comments:

  1. hye... salam ziarah. kalau nak info utk challet bolehlah clik nih..
    http://www.mamamyja.com/2012/06/malibest-resort-langkawi.html
    selamat bercuti..

    ReplyDelete
  2. yumida pun ske johnson ni
    rasa cam baby je bila pakai

    ReplyDelete
  3. @Yumida Huda
    kan kan macam rasa mcm baby jer bau bau dia.. hehe

    ReplyDelete

terima kasih saya amat hargai komen anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...