Sunday, April 28, 2013

Review: Makan Vitamin C soluble/effervescent lagi best!

vitc4
Asslammualaikum/Selamat sejahtera
Ramai yang sudah tau kebaikan vitamin c kan? Sekarang ni pun oleh kerana meningkatnya health & beauty conscious  di kalangan orang Malaysia, banyak jenis dan brand berlumba lumba mengeluarkan produk mereka.  Pada post kali ini aku review tentang jenis vitamin C yang mudah cepat dan berkesan bila diambik.

Sebelum tu di bawah ni adalah antara kebaikan/fungsi vitamin C:

Smilemeningkatkan sistem imun
Smilemembantu pembentukan kolagen
SmileMengekalkan gusi yang sihat
SmileMerawat alahan , seperti asma, ekzema, dan demam alergi (dipanggil rinitis alergi)
SmileMengurangkan kesan daripada pendedahan cahaya matahari, seperti selaran matahari atau kemerahan (dipanggil erythema)
SmileMengurangkan mulut kering, terutamanya dari ubat-ubatan antidepresan (kesan  sampingan yang biasa dari ubat-ubatan)
penyembuhan  luka
SmileMengurangkan gula dalam darah pesakit diabetes

interprem kejap…..
C360_2013-04-07-09-36-11

Sebelum ni aku ambik jenis pil. Tapi selalu malas mau telan. Ambik pun on/off. Bila try jenis Soluble/effervescent best la  plak sedap mudah. So far yang pernah aku try Jenama Cebion & Watson. Dalam 1 kotak ni Cebion ada 4 tube manakala Watson 3 tube. Dalam 1 tube plak ada 10 tablet.

vitc
Biasanya memang aku ambik Cebion tapi saja saja mau try jenama Watson lagi pun dia ada + zink. Manatau kalau kalau ada efek dengan rambut degil aku ni. Jadik seperti anda lihat dalam gambar di atas yang jenama Watson aku ambik  ada 10mg zink + 1000mg vitamin c. Manakala cebion 1000mg vitamin C.

vitc2
Cebion ada kerajang timah (kerajang timah ka org panGgil bendaalah silver tu?).Manakala Watson direct boleh nampak tablet tidak ada bungkus bungkus.

C360_2013-04-07-09-48-29

Sebelah kanan adalah Watson 1000mg vitamn c+ 10 mg zink, yang kiri Cebion 1000mg vitamin c.
vitc3
Rasa rasa yang mana satu Cebion? yang mana satu Watson nya ni? boleh tengok kan dari color dia?Winking smile

Pengalaman dan efek
Sebenarnya aku sudah lama ambik Vitamin C Cebion ni. Tapi hari tu, bapak aku kena gatal gatal kulit habis timbul biji biji di badan dia. Pergi klinik dua kali kata alergi. Kena suntik baru reda kedua kali datang bagi ubat tidak surut jugak. Jadik aku suruh la bapak aku try minum vitamin c Cebion ni. Lepas dua hari cam tu dia kata macam ada efek, gatal hilang biji biji ytang timbul pun hilang. So aku bagila the rest macam 2 tube lagi tu dekat bapak aku.

Ada reason la aku mau beli yang baru. Bila pergi Watson nampak plak vitamin C murah then ada zink. Aku ada terbaca gak zink boleh bantu kurangkan masalah rambut. Aku pun grab la.

Pada pengalaman aku bila ambik vitamin c ni aku jarang dapat salesma demam. (tapi bersin habuk atau paGI subuh still ada)  Pastu ada orang tegur aku makin cerah. Tapi tidak confirm la plak sebab vitamin c ni. Sebab aku kadang minum jugak Cocoa collagen untuk tenaga dan bagi badan panas sebab aku tidak tahan sejuk hihi. Tapi bila fikir memang selalu pun kosmetik atau skincare ada vitamin c untuk pencerahan kan? kan?

Lagi satu sejak makan vitamin c Watson ni anak rambut aku macam banyak yang tumbuh tetiba. Mungkin betul gak zink tu adamembantu  dalam pertumbuhan rambut aku hehehe.

Bagi aku :

Vitamin C berbentuk effervescent/soluble ni lebih mudah di ambil berbanding jenis pil telan. Oleh kerana vitamin C mudah larut dan di singkirkan dari badan, anda boleh larutkan vitamin c dalam botol/bekas dan minum seperti air kosong beberapa kali. Macam jus la kiranya. Bila aku tidak sempat makan lepas breakfast pun, aku boleh bawa jak bekas air berisi vitamin c dan minum pelan pelan di tempat kerja.

Untuk rasa pulak jenama Watson lebih masam berbanding Cebion.

Buat masa sekarang aku makan dulu jenama Watson di sebabkan ada zink. Tapi untuk rasa aku lebih prefer Cebion. So bagi anda yang masih tercari cari mau ambik vitamin c jenis apa boleh try la dulu Cebion ni. Tapi bagi yang ada ambik ubat, sila consult dulu dengan doktor sebelum ambik apa apa vitamin ya.

Okeh sekian dulu post pada kali ni jangan lupa join Segemen Komen dan Menang oleh Blog Deemataque sehingga 15 Mei 2013 di------> Sini.

Terima Kasih kerana membaca post iniRed heartWinking smile

6 comments:

  1. dah ada kawan anis y suruh anis try vitc ni.. aritu ade jugak usha2 kat farmasi.. nanti kang nak belilah.. hehehe

    xoxo anis

    ReplyDelete
  2. review mcm nie la bgs..bkn review yg stock copy paste tu..
    keep it up! <3

    ReplyDelete
  3. thanksssss.info padat.pnh minum.sbb rakan sekerja yg suggestkan.dia rasa cam nak demam.laju2 je minum.hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah apa2 pun.kena rujuk.pharmacist tau dr doktor..hihi

      Delete

terima kasih saya amat hargai komen anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...