Tuesday, April 23, 2013

Resepi Ayam black pepper versi Rajin (upgrade)



Assalammualaikum/Selamat Sejahtera

Hari tu aku ada post untuk Resepi ayam blackpepper 8 minit di post ini :Serius Simple gila: Resepi ayam blackpepper 8 minit release!. So hari ni  aku post versi rajin maksudnya lagi upgrade, lebih sedap, lebih mantap, segala galanya lebih. Resepi sesuai la kalau kau mau hidangkan  bila mak mertua datang  Smile with tongue out . Yang dulu tu versi malas versi mau cepat atau pun dipanggil versi Single. Laughing out loud.

So jom try di bawah ini:


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

1/2 ekor ayam dipotong kecil
sedikit garam & kunyit untk mengoreng ayam
4 biji bawang merah (ditumbuk)
3 biji bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 biji Bawang besar (dipotong bulat)
 cili giling (based on tahap kepedasan masing masing)
1 tangkai cili merah & hijau (dibelah tengah)
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
jintan manis & jintan putih (dikisar)
1 s/b lada hitam - dikisar (serbuk black pepper)
Black pepper sos
kicap manis & masin (ikut citarasa masing2)
2 s/b sos tiram
minyak untk menumis
garam & serbuk perasa (ajinomoto)
air (ikut citarasa masing-masing)


Cara-cara

1.lumurkan ayam dengan garam,kunyit, & black pepper sos perap seketika
2.kemudian digoreng(  jangan goreng terlalu garing). angkat ayam & ketepikan
3.tumiskan bahan-bahan yg ditumbuk
4.masukkan kulit kayu manis,bunga lawang ,jintan manis & jintan putih, diikuti lada hitam, tumis sehingga wangi
5.kemudian masukkan cili giling, 
6.kemudian masukkan kicap manis & masin, dikacau sebentar. diikuti sos tiram
7.masukkan air (siapa suka kuah banyak boleh letak lebih), biarkan kuah mendidih
8.kemudian masukkan garam & serbuk perasa. diikuti ayam yg telah digoreng, biar sebentar sehingga ayam mereneh dgn kuah tadi dan pekat
9..akhir sekali masukkan cili merah & hijau, diikuti bawang besar dipotong bulat.

* boleh tambah jugak sayuran keras seperti lobak atau pun kentang di potong dadu.

Okeh selamat mencuba!

Terima Kasih kerana membaca post ini Red heart

No comments:

Post a Comment

terima kasih saya amat hargai komen anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...