Tuesday, March 19, 2013

Serius Simple: Tips bibir kekal merah segar sepanjang hari

lips-care_300
image from MR Google Realsimple
Assalamualaikum/Selamat Sejahtera
Hari ni aku mau share  tips simple gila untuk nampakkan bibir kekal segar sepanjang hari. Tips ni untuk orang yang malas touch up balik balik macam aku. Beli macam macam lipstick, tapi semua kena touchup balik balik sebab aku ni sekejap sekejap minum air kosong sebab tekak kering duduk dalam air-con. Tu yang tanggal lipstick tu.

Oleh kerana kemalasan di tahap yang agak tinggi di tambah lagi kerja yang tak henti henti, sampai lupa mau touch up. Check punya check bibir dah biru lebam  kering sebab kesejukkan dalam air-con.  Kena layan customer lagi pulak tu dengan bibir lebam lebam haha.Shifty

Walaupun sekarang macam macam ada, LIP TINT LA,LIPSTICK MACAM LA, Tapi aku tetap suka guna bendaalah bendaalah di bawah ni. Ni cara aku untuk kekalkan bibir segar dengan mudah dan agak tahan lama. YANG LIPSTICK  macam macam warna tu kadang2 ja aku pakai. So ada 2 jenis..fav aku jeng jeng….

Yang pertama : GUNAKAN
Silky Lips Magic Pink Lip Balm
sl01
harga dari RM6-9
walaupun dia agak kebudak budakan, namun Silky Lips Magic Pink Lip Balm  ni sesuai ngan cita rasa aku simple tapi kekal lama. Lip Balm ni BEST  untuk digunakn sebab bibir akan berubah ke warna merah jambu semulajadi dan mempunyai formula yang menjaga kelembapan melicinkan dan melembutkan bibir kita.
Ia mengandungi anti-oksidan Vitamin E untuk melindungi bibir dari kesan pengeringan berbahaya alam sekitar dan mengekalkan keanjalan kulit. Ia adalah didapati dalam 3 perisa buah-buahan menyeronokkan - Strawberi, Cherry dan Fragrance free

YANG PENTING DIA TAHAN LAMA DI BIBIR!! XLA MUKA PUCATKAN BILA LUPA  TOUCHUP2

C360_2013-02-14-13-57-52
pakai Silky Lips Magic Pink Lip Balm bibir tidakla ber color biru lebam sangat
NI ambik gambar sudah petang pukul 4 lebih macam tu.
Yang ke2 : 
Maybelline Color Bloom lip balm
241423_10150258971536101_114944116100_9109305_6219202_o
Harga : RM11-14
Yang ni harga agak mahal  sedikit,mungkin sebab ada SPF 16. Ada pro vitamin e & jojoba oil. Aku terbeli  Maybelline Lip Bloom ni sebab Silkygirl punya lipbalm tu selalu habis dekat Watson/Guardian. So ni kira sebagai  alternative la.
C360_2013-02-20-13-33-26
Yang ni tengah guna PEACH BLOSSOM
C360_2013-02-14-13-58-21
Yang ni guna PINK BLOSSOM

Pernah jugak try2 yang lain tu. Tapi 2 jenis ni yang paling  best.  Kalau pasal warna, Silkygirl agak lebih terang sedikit warna dia berbanding Maybelline. Ketahanan lembapan dan warna  adalah agak sama.

Kesimpulannya walaupun macam macam lipstick yang aku beli, namun dua jenis lipbalm ni wajib ada dalam beg. Sebab lebih mudah, lebioh tahan lama dan nampak natural. Kalo ko  mau suruh aku letak madu hari hari, dekat bibir, bek aku minum sekali gus tu madu senang heheheOpen-mouthed smile



So anda yang lain ada tak tips tips lain yang simple simple senang aku mau ikut. Mari lah share di sini Smile
Terima kasih  kerana membaca post ini Red heart

2 comments:

  1. cx dtg sini sebab google tentang bibir dan terjumpa blog awk. :) mmg nk cari testi ntk cantikkan bibir. tq dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh thanks sebab visit sini.. neay kena rajin scrub jugak baru x gelap bibir hihi

      Delete

terima kasih saya amat hargai komen anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...