Monday, March 4, 2013

Lulur Mandi Putri Binari:Sari Bunga Review + Hair cut

C360_2013-03-04-20-57-42Assalamualaikum/Selamat sejahtera

Hari ni mau review pasal Lulur mandi/scrub dari Putri Binari. Pada mulanya  mau beli yang ni

lulur
Gambar diambik dari MR Google.

tapi cari  punya cari tiada. So tulah pasal ambik Bunga Sari. Lagi pun brand sama.
Aku pilih yang ni sebab ada bunga mawar. Mesti wangi.  lagi pun color pink muhehehe.

Cara penggunaan:
Digunakan sebelum mandi dalam keadaan kering .Gosok dengaan perlahan sehingga daki kotoran tanggal. Bilas tanpa sabun. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Lulur ini agak  pekat tetapi mempunyai biji (scrub) yang  halus. Warna ke pink pink-an. Sebab ada campuran Bunga Mawar. Sorry la sebab tidak dapat tunjuk sebab sudah habisSmile with tongue out

C360_2013-03-03-21-29-54


Apa yang best tentang lulur ini:
Boleh di pakai hari hari hari StarStarStarStar
selalunya kita digalalakkan memakai scrub seminggu 2x  sahaja.  Tapi Lulur ni best sebab  hari hari boleh pakai. Sehari sekali. Sebab ramuan dia yang lembut.

Boleh pakai lama lebih jimatStarStarStarStarStar
Scrub ni aku beli dalam bulan 6 tahun lepas. Baru habis minggu lepas. So kira dalam 8 bulan aku pakai bendaalah ni baru habis. Yay jimat.

Haruman yang wangiStarStarStarStar
Ni memang best. Aku memang kepingin mandi bunga dari dulu. Tapi taulahkan mahal gila kalo ke spa.Campuran Bunga mawar dan bunga kenanga membuattkan aku rasa girly girl time mandi Laughing out loud. Mandi bungai endak dapat, lulur bunga sendiri pun jadikla.
Kulit Lebih LembutStarStarStarStar
Yang ni bagi pendapat aku selalunya lepas  berscrub (jenama2 lain yg pernah aku try) mesti kulit aku kering kadang kadang makin teruk merekah. Kena pakai losen.Tapi kalo pakai ni tidak perlu risau kulit lebih rasa lembut dan halus. Maybe sebab ada sunflower seed oil Sama macam pakai Lulur Bunga Chrysan.

Agen pemutihStarStarStarStar
Lulur ini jugak ada agen pemutih semula jadi. Tidak mengelupas. Sejak pakai lulur ni parut serta kulit mati di kaki berkurangan, Semakin cerah.
C360_2013-03-03-21-28-54

Cons
Susah mau beli
Aku ni jenis endak suka jalan banyak2 kedai. Kalo boleh 1 kedai tu semua boleh dapat barang yang aku mau. Macam lulur ni(Bunga Chrysan. ), dulu ada jual dekat Watson. Itulah pasal aku boleh terbeli tu. Tapi pastu tiada sudah. Apa lagi lulur lulur  lain kena cari kedai lain. M-A-L-A-S lerrrr.

Oleh kerana lulur ni sudah habis dan susah mo cari, aku terbeli pulak Naturals scrub dari watson. So nanti aku review pulak pasal ni ya.




So just short update, semalam pergi potong lagi rambut. Sebab tension (konon)  rambut gerbang, pergi kedai gunting baru.tp maaaaak ai dia cas RM20 potong sikit jak pun . Mesti dia tension potong rambut aku hahah tekejut sebab rambut  kembang kot…Disappointed smile.

IMG_20130303_161302

Tapi sambil gunting rambut aku, tukang gunting ni cerita plak pasal tembak menembak, meninggal  dunia dekat Lahad Datu. Tambah aku tension. Dekat sangat lah oi Lahad Datu dengan Sandakan. Mau balik cepat. Kang tengah drive kena serbu….



Okeh Sekian saja untuk kali ini.
Terima Kasih kerana membaca post ini.Red heart

Sebarang cadangan/komen/pertanyaan boleh drop di bawah ini.atau email ke

2 comments:

terima kasih saya amat hargai komen anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...