Monday, February 18, 2013

Serius Simple gila: Resepi ayam blackpepper 8 minit release!

Untuk Resepi Ayam black pepper versi Rajin (upgrade) boleh pergi ke post--> INI.


Assalamualaikum,
Hi, macam mana hari ni? ok ka? Monday blues lah tu hehehe. Kepada anda semua selamat berjuang untuk menempuh hari ini.!
IMG_20130214_201204
Hari ni aku releasekan (exclusivelah sangat) resepi  Serius Simple gila: Resepi ayam blackpepperr 8 minit ni. Resepi ni sesuailah sangat untuk orang orang yang bekerjaya dan sangat sibuk, tidak kira lah akak akak , abang abang yang kerja di office mahupun fisherman ,housewives ataupun budak budak belajar  yang tinggal  sorang2 (dengan erti kata lain yang MALAS! mau masak tapi  kebulur

Apa yang anda perlu sediakan :

blackpepper

1.  Black pepper sauce atau bahasa Melayunya SOS Lada Hitam
(kalo tiada boleh guna serbuk blackpepper biasa)
2.Ayam
3.Garam
4.Sayuran
5.bawang putih
6.Halia (tidak wajib)

Paling penting!!
ADA MICROWAIVE
mueheheheeeeee

Cara cara:
1.Mula mula ambik beberapa ketul ayam ikut suka hati nafsu anda. Yang penting sesuai dengan saiz bekas yang anda guna. Lumurkan Black pepper sos, bawang putih dan halia( jika perlu). Gaul sehingga rata dan biarkan beberapa minit untuk proses penyerapan.(tapi kalo kelaparan sangat tidak payahla tunggu ko masak terus)

2.Jika anda guna  serbuk black pepper, anda boleh lah letak garam ka madu ka ikut rasa tekak anda. Macam aku. Sudah guna black pepper sos dari LIFE memang sudah ada rasa masin,manis.
IMG_20130214_195300
susun elok2 okeh!
3. Pastu boleh letakkan sebarang sayur yang sesuai, seperti lobak brokoli dll. Ikutlah sayur apa yang ada dalam peti ais anda. Macam aku (macam aku lagi.. hehe) aku letak SPRING ONION sebab tu tidak perlu guna halia untuk hilangkan bau. Lagipun itu sahaja yang ada dalam peti sejuk time tu.Smile with tongue out

4. Masukkan ke dalam microwaive dengan KUASA TINGGI SELAMA 8 MINIT!
Sambil tunggu  bunyi TING! boleh lah anda goyang goyang kaki sambil layang FB atau berwhatapp atau skodeng blog aku .

5 . Sudah bunyi TING! bolehlah anda taburkan lada besar sebagai hiasan (tu pun kalo rajinla kan)  tapi kalo ko ada suami dan anak anak baik la ko rajinkan diri sendiri , kalo tidak cekedingla diorang sebab tiada selera mau makan hik hik hikLaughing out loud

Boleh jugak tambahkan kicap supaya ayam tidak pucat.


Okeh! sudah siap boleh la melantak……
Resepi ini bukan sahaja cepat,sedap malah sihat!


Diharap anda dapat sesuatu dari post ini. Sharing is Caring.

Cara cara dapatkan giveaway dari Fabuloous Korean Cosmetic di------> sini(sehingga 8 april 2013)

Love uols!
Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

terima kasih saya amat hargai komen anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...