Friday, February 4, 2011

Kadangkala

keluar masuk rumah kejap ke depan nampak jalan raya, kereta, konkrit, 

bosan!

ruangtamu..

*bosan jugak*
asyik membebel bila tgk perangai anak buah. Enda boleh kalo x bebel. Perangai depan mata buat aku membebel. Memang membebelkan betulah! Biasalah budak2 ko ckp sekali mana mau dgr..

* Larikan diri ke belakang rumah
sedap sikit mata memandang. boleh jugak tengok keindahan kebun ciput bapa aku tu.Apa tidaknya tpt aku tinggal ni adalah kawasan perumahan teres, susah mau cari tanah kosong. Dalam kebun ciput tu ada cili padi, mengkudu,lidah buaya, tekukak (terung pipit) dan macam2 lagi pokok kecik yg aku sure apakah spesisnya. Hebat gak bapa aku ni kawasan seciput tu mcm2 leh dia tanam.

Kadang2 kalo mak aku mau masak, aku tolong gi petik la segala sayur2 di kebun ciput tu.
*Seronok!

kadang2 bleh gak jimat ngan adanya kebun ciput ni. Lagi pun aku ngan parents aku bukan jenis memilih makan pun apa ada masak. Time ada kelebihan dan nafsu lebih boleh la beli lebih sikit. Itu aku ngan parents aku sajalah. Yang lain kadang2 bnyk songeh. 

Kadang2 aku tengok beruntung orang yang ada tanah sendiri, kebun sendiri, boleh makan sayur-sayur, buah-buah freshkan? boleh tanam avokado kan? hehe nasib bek tanah di belakang rumah tu xmau terima avokado. Try tanam xjadik2 pulak. Dulu time bapa aku mengajar  kat estate KOKO kami tanam avokado blakang rumah boleh jak tumbuh ,subur plak tue.tapi di rumah yang sekarang  ni,yang biji dia main2 lempar jak di tanah tu pulak yang menjadi. Tapi nasib boleh pakai gak, boleh makan.

Itulah.. kadang-kadang apa yang kita harapkan tu tidak menjadi.
Kadang-kadang apa yang kita mati2 suka tu bukan yang terbaik untuk kita

dan

yang mati2 kita tidak mau itulah yang terbaik tuk kitakan..? 
ayat ni sekali sekala singgah jugak di kepala hotak aku ni. Di tambah dengan dialog berulang seperti " tulah dari dulu disuruh jadi cigu endak mau.. ko tinguk sekrang budak2 KPLI tu baru latihan sudah dpt elaun RM1500 itu baru elaun tu!...nah..blabla"

*risau jugak

Kang Cigu tu plakkan takdir terbaik aku.

*hela nafas,berfikir....

Tapi napa aku mcm xda feel lagi ni mau apply pun mau xmau. Karang mcm cerita2 selalu aku dengar tu, 'mati2 dia xmau jadi cikgu,bila lama2 dia  mau sudah terlambat. Kata mak dia "time ko kata x mau jadi cikgu ,malaikat sudah limpas (lalu) dengar, tulah ko xdapat sudah."

Nah macam mana tu? 

Tapi bukankah tu namanya bukan rezeki?bukan takdir dia? kan? kan?

eh ni cerita pasal dia ka, cerita aku ni? apa2 pun memang kena mengena ngan life aku dan maybe kamu.

*cuba tenangkan diri

bukan semua orang yang anda nampak pergi ke tempat kerja itu bekerja, dan bukan semua orang yang tidak bergerak keras fizikalnya tu tidak bekerja.

Walaupun sekarang ini hanya berjualan  brooch/pin & Kanta Lengkap secara kecil kecilan, aku rasa jugak kepayahan dan kepuasannya..yang penting aku cuba sedaya upaya tidak menyusahkan orang, tidak meminta2 ngan orang lain, even ngan familyku. Tapi bab2 info pekerjaan tetap aku alu2kan. Sebabnya aku ada tanggungjawab ngan 2 orang lagi remaja yang masih kabur lagi masa depanya...tidak! ianya 3, termasuk aku. Uhuk!!

*mengerut dahi

Tapi tidak apa setakat ni walaupun xda kerja tetap, aku masih dapat menghulurkan, sekali sekala walau tidak seberapa.

Tidak apalah..Apa yang aku mahu, aku akan usaha sendiri dapatkannya.Akan ku double triplekan lagi usaha ini. Ok? Kamu sabarkan saja ya..

*****
berhati-hatilah  ngan apa yg kita hajati sebab kadang-kadang apa yg kita hajati itu akan datang bersama perkara yg kita tidak hajati langsung.-peringatan untuk diri sendiri.

p/s  psssst jangan lupa singgah KEBLOGSHOP SAYA! ada PROMOSI menanti anda! :)

2 comments:

  1. ya bha.
    rezeki tu d mna2..

    kdg2 susah jg mo dpt apa kta mau..
    kenali potensi diri, sana laa rezeki kita. hihi

    ReplyDelete
  2. @mr mrs mikko

    iya thanks! potensi diri huhu

    ReplyDelete

terima kasih saya amat hargai komen anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...