Friday, February 25, 2011

Terusik si Hati Tisu

Pagi ini, dikala ku membonkar segala arkiib dan segala harta karun yang disusun rapi oleh bapaku..(maklumla dekat 5 tahun berada di smjung barang2 tidak bersentuh) tiba..tiba aku terjumpa arkib yang buat kan aku tersenyum... 1 persatu aku baca.... dan aku putuskan untuk share kepada anda *hanya secebis memori indah. (jiwa2 siket) dan ini lah hasilnya.. sila jenguk KLIK2

Thursday, February 24, 2011

Shopping Sakan RM 60.30 Dengan Aku

240220111537
Teruja Sebelum shopping!!
Petang tadi kakak aku tiba2 sound aku bawa jalan. Biasalah hujung bulan gini kan sudah gaji, so bayar hutang piutanglah. Aku pun ON jak sebab mau bank in duit untuk order Brooch2 segala. Itu jak pun tujuan aku.

Tetapi malang tidak berbau bila anak buah aku plak bawa mak dia (kakak aku) ke satu tempat yang confirmnya aku ada benda jak mau beli.

Sambil girang anak buah aku berkata “ atas pasar mummy!! atas pasar!”
Mummy nya kata  “ ai…endak maulah singgah Giant? “
Anak buah aku “ atas pasar!! atas pasar! xmau Giant!”

So kesimpulannya daripada xmau beli apa2 tershopping la bendaalah di bawah ni Smile with tongue out ngeh..
blog jimat
Paling mahal barang aku beli tu ha baju semple2 gitu. Kalo on9 pun dalam rm35 plus postage lagi tu ..yg ni kira okeh le.. aku suka baju besar2. coz mau cover lemak Pakai ngan suar jeans ala tight2 ngan rantai panjang sampai dada udah OKEH tue hehe. Lama gak aku x beli baju2 ni. Yang berus tu pulak terbeli, sekali sekali mau main2 berus- warna di mata..

jimat
Cadar tilam memang sudah lama aku mau beli, tapi selalu harga rm 25  ke atas mcm gitu huhu aku batalkan saja x cukup bajet. Bila masuk kedai ni alamak murah gilak!! kain dia pun OK bukan yg style panas punya , selesa gak. Aku beli saiz Queen Sekali skala ceriakan bilik 
Smile
Yang BEG tu terpaksa beli, sebabkan sekarang ni musim2 org khawin so pegi hotel endak kan ku bawa beg ala2 leader hitam rock aku! mana ngam! lagipun tu jak beg ada, Selagi x putus/koyak memang aku pakai tu jak. Design pakai hentam bab aku bukan minat beg2 ni, xtau trend apa sekrang yg penting aku selesa..haha

Kenapa Pink? terpaksa gak, sebenarnya hari tu aku pernah pegi sekali & nampak beg simple n cantik kaler grey2 blink2 simple jak. Tapi duit time tu memang sememang2nya xda time tu memang langsung xda pendapatan. Sad smile. Tapi bila aku datang tadi tinggal pink2, red2, yang grey tu xda sudah, design pun lain sudah. Kalo grey bleh match segala bajukan? tapi aku hentam jak la. Nanti kalo ada beli lagi hik hik.

So total semua barang aku shopping adalah…..

total
* Nama kedai : H & M Marketing (promotelah plak)
*Baju2 ok ada harga RM 9.90  lawa2 korea style,kain boleh tahan.
*Kasut wedges pun lawa2 & murah2 tapi kena cepat coz design2 cepat bertukar. Akak aku 2x dah beli harga rm 11.90 n rm 15. dia kata tahan gak sebab dia selalu pakai gi Sekolah (mengajar Smile). Tadi aku mau gak tapi bnyk yg habis, so aku decide nanti aku pegi lagi manatau ada lagi best2 design. 

BAK KATA KAWAN AKU SHERLIN “KO NI DI MANA ADA BAJU RM 10 SITU LAH KO SERBU”

Ah biarlah kan sudah memang test aku gitu ehe, tapi bukan semua aku belilah kadang yang taru2 di muka, aku takut gak beli murah2.
Pakai murah2 and simple pun semart jugak.. sudah memang aku semart kan pakai apa pun semart. Smile with tongue out .Sila jangan  muntah.

Sampai rumah terus cepat2 try baju ngan muka serabai.... 

Monday, February 21, 2011

Dari Mata Ke Mata

Ceritanya begini mula ini hari ini aku akan selitkan post-post berkenaan Contact Lens. Kiranya reviewla, Memang mula-mula aku membina blog personal ni dulu pun ingin kongsikan pendapat aku tentang contact lens yang pernah aku cuba. Sebabnya, aku ni dari sekolah lagi sudah guna lens sebab rabun hehe, dan itulah salah satu sebab kenapa nama blog aku ni deemataque.
Tidak di sangka2 pulak aku kini telah membuka blogshop sendiri! haha (ceh bunyi macam buka kedai besar jak padahal ramai sudah pun org buka2 blogshp ni haha).
Ini pun demi mencari sesuap nasi, dan membayar hutang piutang yang besar (terutamanya PTPTN). hehe…
So hari ni mood aku sangatla baik kerana DAPAT customer yang best2, aku wat promosi baruuuu yeeeha!! dan banyak lagi promosi menanti anda di sana! sila ke blogshop atau ke PAGE FB SAYA…Smile
KLIK gurl di bawah ini untuk ke PAGE FB
CRISTAL .I BLUE NEW
Klik Untuk ke BLOGSHOP
promo crytal 1

Sunday, February 20, 2011

Jangan Kamu Hairan Lancangan!

Kamu, kalo nampak aku tiba-tiba naik hangin walaupun benda tu kamu rasa kecik time tu. Jangan heran2 sebab kadang2 tu benda yg aku marah tu adalah sebab 2—3 hari lepas.

Kadang2 mulut kamu tu lancang jugak, jadi jangan heran kalo aku lagi lancang membalas ya. Kamu melancang ngan orang, mesti ko kena terima lancangan orang kepada ko, kan2..
Kamu jangan, ..sekarang ni aku ni sensitf gila ni,mungkin bab dah meningkat belia sudahkan..( blom lagi beliau ar)

Kadang2 marah aku tu loading sikit, ter postponed.  Konon mau buat ok.. kool time sepatutnya marah aku tu melutus. Tapi rupanya x boleh tahan jugak, boleh gak melutus dengan tiba2, tapi lambat haha.

Jaga2 sekarang aku dah pandai membalas lancangan orang. Jangan terkejut ya apa bakal aku katakan.Walaupun aku memang x sedap hati jugak buat gitu. Tapi aku mau tau apa rasa kamu bila aku cakap ke- kamu begitu. 
 
Aku mau tgk kalo kamu kool.. x  terasa x melenting.. Itu maknanya aku over sensitif.
Tapi kalo kamu x boleh terima lancangan aku, jangan kamu cuba melancang aku dengan berharap aku kool.OK?

Sekian terima kasih.

p/s buat mereka lah yg berkenan siapa lagi hehe aku pilih cakap depan muka ko dari cakap belakang.
     Kadang2 susah mencari ayat yg cantik untuk menyatakannya..susah gak jaga hati org..

Wednesday, February 16, 2011

Orang Khawin , Aku Pecah Lemak

 pic :probaway.com
Hari ni aku pecahkan lemak dengan bermarathon di Bandar Sandakan. Pastu sambung Bandar Prima Square pulak.
Penat betul, betulah punya panat, peluh x hengat, berwindow shopping bersama rakan-rakan "seperjuangan".
Bukannya window apa pun.. ada org tu mau khawin, jadi p la join2 tgk camna dia servay2 harga.. barang hantaran dll, berpinar mata tengok cantik2 semuanya...
 Dalam pukul 10 keluar rumah balik dekat kul 4.30. Hambek ko, berapa kali round!
 Lepas lah jugak siket stress, darah pun semakin lancar sedikit, degupan jantung pun boleh lah tahan lajuksikit dan adalah sedikit kejadian lucu berlaku tapi x payah aku cerita di sini hahahaha.dan ..
di harap segala lemak2 ini pecah lah jugak sikit ya!





Friday, February 11, 2011

Lagi Musuh Sperma!


sperm2
Hehehe…ala sekali sekalakan share2 info. sesuai untuk sesiapa yang mau khawin. yang bakal khawin atau. yang sudah khawin….
Sumber  : Rapi (15 Jan 2011)
Kajian sekumpulan penyelidik dari Righospitalent, Copenhagen Denmark menunjukkan lelaki yang minum  1 liter COLA sehari mampu membahayakan SPERMA mereka.
Jumlah sperma mereka hanyalah 35 juta/milimeter. Sedangkan bagi lelaki yang tidak minum cola, jumlah sperma mereka adalah 50 juta/milimeter.
HUHU ni boleh buat pengusaha Cola x senang duduk ni…
sperm

Monday, February 7, 2011

Aku Busy Tapi Aku Tetap Melawat Kamu

Aku sangat bz hari ni! Ni pun ba.ru habis kerja lah kiranya.Ni pun baru selesai sudah 10 stgh malam.  Kalo keja opis ni maunya banyak sudah duit OT ku ni. Huhu. Dari pagi sampai malam cam x pandai habis2 kerja yang mau dibuat.Nasib baik la kerja di rumah kan boleh la sesukai hati take a break.

Walaubagaimana pun aku bz aku tetap ber blogjoging ke tempat kamu semua. Aku baca tgk dan cuba fahami karya2 kamu semua. walaupun kadang2 agak payah sungguh aku memahami nya. hehe Maklumla subjek2 sAStera aku x pernah ambik. BM SPM pun nasib2 dapat B huahua. Dalam Blog siuk sendiri aku ni pun tiada karya yang dapat di paparkan melainkan kerja yang aku hasilkan dengan penuh tekun bermingu2 lepas sampailah tadi.. 

Kedatangan anda amatlah di alu2kan untuk melihat hasil kerja tangan aku sendiri di SINI.
EH mau ke mana tu? Klik di sini bah---- >sini <-----Jangan Lupa Jugak Untuk LIKe di FB ya! iTU PUN kalo kamu sudi. TIADA PAKSAAN DARI SAYA. Tapi kalo like n rembat 1 pun lagi bagus

Saturday, February 5, 2011

Riang Ria Old Town White Coffee Sandakan

Reunion/Lepak-Lepak 6 ak I & 6ak II SMK ST MARY Sandakan
Tempat :  Old Town White Coffee Sandakan
Tarikh : 4/2/2011
Kehadiran : Lela, Zu, Anni, Dian, Me (Pert) , Hassan Bono, Zizi. Burn, Acong, Faizrul








p/s x puas jumpa...rindoo.. tp ada gak terselit kejadian yg SENTAP..

Friday, February 4, 2011

Kadangkala

keluar masuk rumah kejap ke depan nampak jalan raya, kereta, konkrit, 

bosan!

ruangtamu..

*bosan jugak*
asyik membebel bila tgk perangai anak buah. Enda boleh kalo x bebel. Perangai depan mata buat aku membebel. Memang membebelkan betulah! Biasalah budak2 ko ckp sekali mana mau dgr..

* Larikan diri ke belakang rumah
sedap sikit mata memandang. boleh jugak tengok keindahan kebun ciput bapa aku tu.Apa tidaknya tpt aku tinggal ni adalah kawasan perumahan teres, susah mau cari tanah kosong. Dalam kebun ciput tu ada cili padi, mengkudu,lidah buaya, tekukak (terung pipit) dan macam2 lagi pokok kecik yg aku sure apakah spesisnya. Hebat gak bapa aku ni kawasan seciput tu mcm2 leh dia tanam.

Kadang2 kalo mak aku mau masak, aku tolong gi petik la segala sayur2 di kebun ciput tu.
*Seronok!

kadang2 bleh gak jimat ngan adanya kebun ciput ni. Lagi pun aku ngan parents aku bukan jenis memilih makan pun apa ada masak. Time ada kelebihan dan nafsu lebih boleh la beli lebih sikit. Itu aku ngan parents aku sajalah. Yang lain kadang2 bnyk songeh. 

Kadang2 aku tengok beruntung orang yang ada tanah sendiri, kebun sendiri, boleh makan sayur-sayur, buah-buah freshkan? boleh tanam avokado kan? hehe nasib bek tanah di belakang rumah tu xmau terima avokado. Try tanam xjadik2 pulak. Dulu time bapa aku mengajar  kat estate KOKO kami tanam avokado blakang rumah boleh jak tumbuh ,subur plak tue.tapi di rumah yang sekarang  ni,yang biji dia main2 lempar jak di tanah tu pulak yang menjadi. Tapi nasib boleh pakai gak, boleh makan.

Itulah.. kadang-kadang apa yang kita harapkan tu tidak menjadi.
Kadang-kadang apa yang kita mati2 suka tu bukan yang terbaik untuk kita

dan

yang mati2 kita tidak mau itulah yang terbaik tuk kitakan..? 
ayat ni sekali sekala singgah jugak di kepala hotak aku ni. Di tambah dengan dialog berulang seperti " tulah dari dulu disuruh jadi cigu endak mau.. ko tinguk sekrang budak2 KPLI tu baru latihan sudah dpt elaun RM1500 itu baru elaun tu!...nah..blabla"

*risau jugak

Kang Cigu tu plakkan takdir terbaik aku.

*hela nafas,berfikir....

Tapi napa aku mcm xda feel lagi ni mau apply pun mau xmau. Karang mcm cerita2 selalu aku dengar tu, 'mati2 dia xmau jadi cikgu,bila lama2 dia  mau sudah terlambat. Kata mak dia "time ko kata x mau jadi cikgu ,malaikat sudah limpas (lalu) dengar, tulah ko xdapat sudah."

Nah macam mana tu? 

Tapi bukankah tu namanya bukan rezeki?bukan takdir dia? kan? kan?

eh ni cerita pasal dia ka, cerita aku ni? apa2 pun memang kena mengena ngan life aku dan maybe kamu.

*cuba tenangkan diri

bukan semua orang yang anda nampak pergi ke tempat kerja itu bekerja, dan bukan semua orang yang tidak bergerak keras fizikalnya tu tidak bekerja.

Walaupun sekarang ini hanya berjualan  brooch/pin & Kanta Lengkap secara kecil kecilan, aku rasa jugak kepayahan dan kepuasannya..yang penting aku cuba sedaya upaya tidak menyusahkan orang, tidak meminta2 ngan orang lain, even ngan familyku. Tapi bab2 info pekerjaan tetap aku alu2kan. Sebabnya aku ada tanggungjawab ngan 2 orang lagi remaja yang masih kabur lagi masa depanya...tidak! ianya 3, termasuk aku. Uhuk!!

*mengerut dahi

Tapi tidak apa setakat ni walaupun xda kerja tetap, aku masih dapat menghulurkan, sekali sekala walau tidak seberapa.

Tidak apalah..Apa yang aku mahu, aku akan usaha sendiri dapatkannya.Akan ku double triplekan lagi usaha ini. Ok? Kamu sabarkan saja ya..

*****
berhati-hatilah  ngan apa yg kita hajati sebab kadang-kadang apa yg kita hajati itu akan datang bersama perkara yg kita tidak hajati langsung.-peringatan untuk diri sendiri.

p/s  psssst jangan lupa singgah KEBLOGSHOP SAYA! ada PROMOSI menanti anda! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...