Monday, August 23, 2010

Hujan Renyai

Ke hadapan dinding blogku yg serabut,

Hari ini aku rasa semakin stress mengingatkan tarikh aku balik Sandakan semakin dekat. Dengan barang2 yg aku nak buang tau packing lag adus...Time aku layan astro selepas waktu sahur tadi tetiba kepala aku melayang ke flashback2 yg bercampur baur. Teringat kawan2 di sini, teringat Sang  Chicanos Cocucini yg bakal aku tinggalkan dan banyak lagi bakal aku tiggalkan erm...Tanpa aku sedar tetiba mata aku berair (aku nangis lah plak!!! emo btl). Ni la kali pertama aku nangis sejak KEPUTUSAN utk balik terus ke Sandakan diambil. Lambat tul efek kat aku huhu. Tapi tu stakat "hujan renyai2' jak la belum lg "ribut taufan".

Aku harap pelangi akan muncul selepas ni. Lg pun aku balik for my own good.
Ok! sampai luahan nanti daaaaaaaaaaa..


(amacam ? adventure ka korang mau baca?)


p/s Semalam beratus2 jgk aku blanja hari raya tuk parents aku huhu belom aku punya lg ni 
*korang tau x cara mau baca post aku ni? hehe pandai2lah mencari perkataan tersembunyi ya


Saturday, August 21, 2010

Kenapa Kau Hantuk Kepala?

Sila jangan cemas dgn title tu ya. Sesiapa yang terlawat (bukan liwat) blog aku ini beberapa hari ini sila jgn hentak kepala anda! keserabutan adalah disebabkan masalah teknikal akibat kelincahan tangan aku yg melampau untuk mengedit blog syok sendiri aku yg terbaru 'itu' sampai blog ni plak yg terjejas huk2.
HARAP MAKLUM & MAAF

Tuesday, August 17, 2010

Thursday, August 12, 2010

Coretan Untuk Semua (KL/SELANGOR fren)





HelloOo.... anda semua sedang kamu sibuk bekerja, aku di sini masih pening-pening lalat, mcm mana aku mau packing barang aku yg bertimbun2 ni.Bukan itu saja sesekali  aku mabuk memikirkan apa yg akan jadi bila aku balik terus ke Sandakan?
Sambil2 itu jugak... aku semakin rancak mengunyah biskut Marrie jenama Tiger walau lidah tidak terasa apa.Erm..! mcm ada sesuatu x kena di sini! Ni baru pukul 9.30am kan?
OH ya! bulan puasa pulakkan OPss !~ SORRY. ~SELAMAT BERPUASA SEMUA.~ Aku? sudah 2 hari xleh posa hehe... :).


Jadi kawan2...........


Walaupun berat untuk memisah...
Walaupun berat membuang ego yg ada
Walaupun ku tidak pasti apa yang menanti di sana..
Sudah sampai masanya, ku kembali ke titik mula
Selamat tinggal kawan-kawan
Selamat tinggal sayang
Selamat tinggal rantau orang
dan
Sedang bandar semakin metropolitan
Sedang kamu teruskan kehidupan
Jangan kamu lupa aku ok!?


Terima Kasih atas sokongan anda semua semasa aku di sini (KL/SEANGOR)L








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...