Friday, June 26, 2009

Sedih+Kecewa+Gementar+Gembira= memori semalam

Apa khabar semua semoga sihat sentiasa. Aku? Aku masih waras ,syukur. Tajuk itu macam pelikan? entahlah mungkin aku jak tau sebab musabab tajuk post itu yg aku pilih. Aku tidak tahu macam mana aku mau mulakan, erm..Semalam pelbagai perasan aku alamai dlm1 hari. Training start 8.30 am seperti biasa. Entah kenapa malam semalam aku sekali lagi sukar melelapkan mata menyebabkan aku sedikit lemau menghadapi module pagi. Tajuk module hari ni berkaitan emotional(element that u must balance in urlife). Ya! aku memang bukan sdkt tapi bnyk terganggu dgn tajuk ni, huh entahla,,mungkin aku gementar untuk mengetahui dan memahami masalah emotional sendiri. Ya GEMENTAR adalah perasaan aku.. selepas beberapa minit fasilitator membuat talk, aku mula sedikit sesak nafas. Sebak mungkin? mungkin jugak sebab dia telah menyentuh bab2 family terutama parents, huh! aku bertambah sesak apabila di suruh berbincang in group of 3 ."Apakah situasi -ve yg memberi impak kepada tindakan anda? dan implikasi kpd org sekeliling,rakan dan keluarga"? dan situasi +ve.. tp dalam kepala hotak aku hanya terlintas-ve sahaja pernah berlaku kepada ku.

Entah kenapa begitu? mungkin sekarang kehidupan ku di tahap yg sgt menjunam sehingga aku terlupa apa perkara +ve pernah berlaku kepadaku. Member group aku sorang demi sorang telah mengongsikan cerita mereka kepada ku, dan seperti yg aku perkatakan di post yg lepas aku telah menjumpai participant yg easy going and very +ve person itu dan dia mengatakan dia hanya ada cerita yg +ve sahaja. Sebab dlm hidup dia apa yg dia nak selalu dpt, atau dtg tanpa bersusah payah. Huh! untungkan dia? aku hanya senyum dlm masa yg sama menahan sebak, terfikirkan perkara berlaku atas aku. Sebelum sempat turn aku, masa discussion telah di tamatkan huh. Lega jap.. tapi tanpa aku sedari rupanya air mata aku mula mengalir...duh! apakah? emo betul aku ni, aduss, aku cepat2 lap supaya org x perasan. Tp memeang sakit! xdpt luah!Malu woi asyik mau nangis jak.
******************************************************
Sepanjang module itu aku terdengar berita yg buatkan aku kecewa dan sedih sedikit.....tp biARla.. aku masih boleh begembira dan hargai apa yg ada sekarang. Macam tajuk buku motivasi tu "The important of NOW"
******************************************************
Aku bleh begumbira hari ni bab group aku MENANG! tanpa disangka dlm game MENhunt huhu..gambar2 di GEMS belum ada kesempatan mau aku uploadkan. Walaupun group ni hanya sampai hari ini tp aku ingin laungkan
Hidup Kryptionite!. haha..

p/s Maybe start minggu depan aku jumpa org baru lagi dlm B E CLASS.



Wednesday, June 24, 2009

Tengah Malam..

Huh! akhirnya aku dapat gak on9 hehe,, siksa benar aku 3 hari x on9. Nasib baik ada yg baik hati hantarkan notebook aku di Kompleks ni. TQ bnyk2... selama 3 hari aku di sini, starting ahad lepas, aku masih menyesuaikan diri dgn suasan training ni,aku excited at the same time I quite nervous. Asal aku nervous? aku pun kurang pasti lah, maybe aku sudah lama x bersosial haha..adakah patut? eh serius aku nervous ! walaubagaimanapun aku dapat gak kawan di sini, ada sorang tu asal sini gak, bg aku dia sorang attractive person,talkative and most i admire is he is very confident person, tp biasa lah kan kadang2 tu perasan jugak haha..selesa bekawan ngan dia, ada beratus2 lagi yg belum sempat aku beramah mesra ni, haha xpa training ni 2.5 bulan gak kan. Ada lagi yg aku x mention ni nantilah nibaru hari ke3. Aku just ingatkan diri niat aku gi sini bukan sekadar suka2. YES memang aku mau mengatur semula kehidupan sosial aku yg merundum di ratekan di tahap 1-very unsatisfied itu. Tp mission aku adalah ingin memolish diri ku dlm area communication and profesionalisme .


Lupa lak cerita pasal rakan sebilik aku, ada 6 org, pelbagai lingkungan umur, setakat ni best la xda masalah. Gambar2 semua nantila aku upload x sempat lah lg pun line maxis macam #$#%$% di sini (Cheras).

Apa aku buat hari ni?

Kinda Motivation talk
Aerobik
Attend CEOs & COOs Meeting

Lupa aku nak mention plak, aku jadi COO kat company aku, tu yg xkeruan sikit tu, nervous,dan segala macam la, xda volunteer aku jaklah yg jadik kan ? bila lagi nak challange dirikan? be positif Pert! dorang lebih selesa menjadi follower even lelaki a point aku jadi CEO, but then aku tolak ngan baik macam x leh imagine nak handle camna huh! then pas ada yg volunteer, ada sorang mamat ni suka apoint aku, tp xpa ku take tu as challange then aku pun jadi COO la.. dur!~ gerun tu! haha..I do my best lakan. Masuk sini pun nak polish diri tu, mana tau selama ni x sedar ada plak kebolehan kan?

This morning plak I mean semalam (Tuesday), we a appointed to form group for the kinda motivation of excellent personal achievement, and we have to select the name of the group based on the letter our group are. My group is K group so we have difficulty to get the words starting with letter K .Then we come out with KRYPTIONITE ! dur!..the presentation was quite good, but then have little "racauan" about superman,superwomen and of coz kryptionite! alamak! it almost 1am! im going to sleep da....

Dalam post ni aku cerita yg ringkas2 jakla so harap besabar aku akan cerita lagi di next post kalo ada kesempatan da..





Saturday, June 20, 2009

19O1 dan Kebuzianku

Hari ni aku amatla bz, ada perkara penting berlaku esok. Nanti aku cerita. Sebelum tu aku mau tanya ni,korang tau kah semalam harga hotdog 19O1 di jual amatlah murah. X tau? xpa aku bagi tau ni sebenarnya 19O1 akan menjual hotdog dgn harga yg murah setiap 19hb pada setiap bulan. Kenapa aku kata amatlah murah? sebabnya regular price untuk 1 hotdog tu ialah RM5... tp semalam dia jual RM 1.99 utk satu. Kira RM 2 lah tu, murah kan? sebenarnya aku xberapa suka sgt gak ngan Hotdog ni tp oleh kerana timing ngam , dgn aku sudah lama xkeluar rumah jalan2 cari makan, dgn kelaparanya, di tambah plak 19hb diorang jual murah, aku ngan c Syafiq bantaila beli 3, huhu bila lagikan, selalu mahal gila! Regular price bleh makan nc u..yg penting aku kenyang gila bab hotdog dia besauuuu haha..habis cerita 19O1 dan hotdognya.

Sekarang ni aku still bz lagi ni, tapi curi2 type entry ni sementara tunggu member aku besiap. Tp memang aku bz sgtla pening gak kepala aku x tau mau buat apa, pilih yg mana? adoi! ni yg boleh buat aku meracau berlebihan nih. Eh! aku belum bgtau korangkan apa peristiwa penting tu? ermmm nanti jak la aku cerita di next post..ok? x sempat ni da...



Wednesday, June 17, 2009

GEMS interview session

Pada 11/6,minggu lepas aku dapat e-mail pemberitahuan yg aku dpt join GEMS batch 2pada 21/6 ni, dan Oleh kerana keyword yg masuk ke blog aku kebanyakkannya mengenai jawatan kosong dan interview so hari ni aku mau kongsikan sedikit pengalamanku interview untuk menyertai GEMS programme plak(berapa banyak da interview...haha usaha itu tangga kejayaan huhu.). Pada yang x tau GEMS tu apa GEMS stand for Graduate Employability Management Scheme. Ingin tau lebih lanjut bleh klik sini. Aku sarankan supaya baca ruangan FAQ. Bebalik pada tujuan asal post ini, di harap kepada yang bakal menghadiri interview GEMS jgn risau sangat coz, dalam session tu diorang just want to know u jak. Tp aku x berapa surela plak kalo semua session di conduct sama, coz aku gi interview time karnival kerjaya di PWTC bulan 5 tu. Setiap Session di antara 5-7 org, pas2 interviewernya comel , cakap pun kiut2 gitu, nama dia Desiriee Kong kalo x silap, aku hengatkan melayu.. fluent gila BM! So mula2 dia suruh perkenalkan diri, Nama,asal,degree apa, tu je tp in ENGLISH OK!. dia just nak tengok cara communicate. Then dia akan tanya prefered location training kat mana. Macam aku centered means kat cherasla.Aku nak gak gi cherating, tp nak gi sana transport sendiri xda org nak hantar aku heheh. So itu jak la...interview sessionnya.

Info tambahan-peserta boleh quit training jika mendapat kerja di luar dgn syarat 5 hari notis quit, peserta juga diberi keizinan utk menghadiri interview di luar- elaun rm 750/mth on site training (2 1/2),free makan,free tpt tinggal,-rm1000 on the job training (6 bln)

Good luck yalll!




Monday, June 15, 2009

Note From My life(percubaan scrapblog)


Ini adalah percubaanku menggunakan scrapblog.Yea yeah!



Tuesday, June 9, 2009

Sekadar Bermain Dgn Adobe Photoshop (arkibku)

-Kerosakan gambar yg di sengajakan-

-sama jer kot-
Gambar2 ni aku rosakkan semasa aku borink buat assignment time dulu2...tp DeeMataQue ia cantik. Apa! x cantik? suka hati akula kata cantik.Dah pada mataku gambar tu cantikkan.. nama blog pun DeeMataQue,suka hati aku pandanganku mataku huhu tetiba emo sendiri.



This is the rest of the post

Sunday, June 7, 2009

I wish I could say this..

Hari ni , hari Ahad sudah,sekejap jak masa berlalukan? aku sedikit sedih dan terkejut rupa2nya c PEAR dah ada tunang baru jak mau ngorat hahha eh, sesuai ka perkataan tu? aku rasa mengoda lagi sesuai huhu! tp xpelah abg Jaws kan ada hik2..PEAR, Jaws,abaikan racau aku itu... aku masih stuck di tempat yg sama situasi yg sama, sudah seminggu aku x bekerja adusss! siksa rasanya di rumah aku asyik makan jak. Macam2 sudah resepi aku try. Maksud aku bukan makan jak, aku tengah berusaha mencari peluang2 yg boleh aku grab.Tiba2 plak mood rajin MASAK menyerang. Izinkan aku meracau di sini, sejak kebelakangan ni aku agak tertekan sedikit sebab apa yg aku rancang dan iginkan, x tercapai dan terbengkalai! arg! geram. Nah kan, time nila aku akan mencari makanan utk dikunyah2. Utk melepaskan geram, mungkin.


Aku berasa kehidupan ku makin merundum sejak aku masuk UiTm, aku susah menjadi diri ku sebenar! culture shock mungkin? Aku tidak ada masalah ngan sesiapa boleh bergaul dgn sesiapa tp susah menjadi diri sendiri. Aku sedaya upaya mencari benda baru utk aku try dan pengalaman baru utk ku timba. Dulu aku seorang yg aktif samada kokurikulum ya aku sangatla aktif dalam Kadet Polis, selalu wakil sana sini sehingga aku teRlepas majlis perkhawinan seorang drpd akak aku tp nasib tu sehari huhu begitu juga pergaulan di luar. Macam2 aktiviti aku join, still, aku masih boleh jaga diri dr terjebak jauh dlm pergaulan. Tp semasa dlmUitm huh! entah kenapa bnyk yg ingin aku bwt x tercapai! kurang aktiviti aku rasa. Hidupku hanya di rumah sewA dan fakulti sahaja..erm sedih!Namun aku berjaya mendapat CGPA yg bgus! walaupun begitu, aku x rasa apa2. Selama 3 thn study sering mendapat anugerah dekan, tapi aku xda rasa apa2! heran, semacam bnyk yg kurang dlm hidupku. Ya aku tidak sehepi dulu! mungkin aku masih tercari2 diri sendiri.Bukan tidak besyukur , aku sgt besyukur aku dapat menamatkan pengajian ku, mungkin self motivation yg tinggi utk berjaya dlm study membantuku, ya kerana aku bukan sukakan buku sejak sekolah lagi, huhu satu lagi aku berjauhan ngan keluarga di sini, so, aku harus memotivasikan diri ku sendiri utk mencapai apa yg aku mau. Ah! entah apa2 racau ku ni..

Apa yg aku rasakan aku memang down gilak ni. Setiap pagi aku akan mencari2 peluang yg boleh aku grab. Ya masa semakin pantas berlalu, umur semakin meningkat namun aku masih stuck di ruANG yg sama xda kemajuan dlm hidup. Adakah usaha ku mungkin xmencukupi selama ini? penat rasanya apa bila kita sdh mencuba berkali2 tp gagal. Tp aku tidak mau terus gagal! Aku maukan terbaik buatku! sukses dlm hidupku! Tp bnyk persoalan berlegar2 dlm kepala aku. Harus ka aku pulang tanah kelahiran ku? atau aku terus berjuang di sini? oh tidak! bila aku sahaja sebut hometwn ku, aku terus rasa berdebar2 semacam tidak keruan, mau pitampun ada. HUH melaupau sungguh..ada perkara yg aku masih belum sanggup hadapi di sana! I love my family but still! aku x boleh hadapi perkara tu. Perkara tu mengganggu aku sejak zaman persekolahan ku. Aku hanya bertahan, dpt melanjutkan pelajaran jauh di sini memberikan aku peluang utk jauh dr perkara dan situasi ITU . Apa perkara tu? biarla rahsia, aku tidak mau mengguris hati sesiapa yg telah membca post ini. Again, I love my family.... utk meng ENDingkan post ini.. i wish i could say this...but its not the time yet!..






Thursday, June 4, 2009

Rasa mau masak AYAM MASAK COKE


Tumis

Esok aku rasa mau masak AYAM MASAK COKE sempena aku dapat interview di IBM hehe..
Aku x tau lagi macam mana mau masak sama ada perap ngan coke then grill atau tumis cam biasa. Tp tumis jakla kan senang..huhu. Lama sudah mau try ayam masak coke ni mesti sedap sebab manis. So aku rasa aku buat ikut suka akulah. Bahan bahan wajib aku mau letak

  1. ayam- aku suka wing part so rasa senang resap bahan2 tumis
  2. halia-bagi hilang bau hanyir ala macam nak masak kicap 
  3. bawang putih-hiris halus
  4. black pepper-sebab memang aku suka masak sayur pun aku akan campur blackpepper huh
  5. coke-1 tin
  6. bunga lawang,kayu manis-berkira2 kalo mau letak tengokla camna nanti coz selalu kalo masak kicap aku letak.
  7. garam-atau kicap masin  yg pastinya gula/kicap manis tidak perlu sebab coke dah manis.
  8. cili besar,daun bawang-sebagai hiasan bagi colorful sikit..
Terpulang pada imaginasi masing masing.
okeh! tunggu resultnya esok!


p/s nervous plak aku nak go hr interview

update
*dah test sedap jer rasa, nak sedap biar masak sampai kering rasa semua menyerap. Jangan Amalkan skali skala boleh la (eleh yang korang pergi makan fastfood mcd, kfc dll tu bahan dia lagila..kan heh)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...