Tuesday, April 28, 2009

Program Duit Free Lagi!



Tengok iklan di atas tu mau kata tipu entah la belum cuba belum tau . Tu marketing namanya. Sekarang ni semua org suka cari duit online termasuk aku sekali. Oleh kerana ada yg suruh aku update so aku bg entry terbaru(aku nak g p. pangkor petang ni mayb lama xupdate haha)Macam2 cara kita boleh cari duit paling popular program affiliate. So sekarang ni aku mau share 1 program affiliate FREE punya dari CBclickbank.com. bukan clickbank yaTIDAK ADA BAYARAN, TIDAK PERLU JUAL, TIDAK PERLU DOWNLOAD, HANYA PROMOTE dan refer.



"CBclickbank.com FREE affiliate program where you can earn $ 141 452.38 by just refering your friends!"

Tu dia! dengan hanya refer merefer anda boleh menerima bayaran lumayan. Anda mesti tertanya2 camna plak bleh dapat tu? Cam ni ,setiap direct refferal anda dapat $ 1.25, indirect refferal anda dapat 0.25 - $ 0.20. Seperti program lain CBclikbank jugak memberi anda promotion tools seperti banner dan link. Tapi apa yg aku suka mereka sediakan juga DISTIBUTABLE MATERIAL seperti business card sendiri anda hanya print sahaja.Gold member:Minimum payout-$ 5.00(paypal) Free Member- $110(paypal).

Lain-lain kebaikan
Anda boleh beriklan di CBclikbank.com juga mendapat 50% commission belian melalui link anda.
Ingin tau lebih lanjut klik di sini.

Next post aku bagi tau camna nak ke link BUSINESS CARD member.

p/s JANGAN LUPA download E-BOOK PERCUMA cara2 buat duit dengan survey youthsay hanya masukkan e-mail di ruang di sediakan di sini. Inginkan lagi program buat duit FREE try ini-Earn Money by searching

Saturday, April 25, 2009

Japan's Iron Penis Festival (Kanamara Matsuri) pendapat anda?




Bermacam-macam festival pelik yang aku pernah baca tapi yang paliNG menarik minat aku Festival Kanamara Matsuri ni. Kenapa? tengok gambar pun korang mesti nak tau lagikan? kan? hehe.. sedikit tentang Kanamara Matsuri

Setiap tahun festival Kanamara Matsuri (zakar baja) diadakan di Kawasaki, Jepun. Ini adalah festival kesuburan orang-orang Shinto, dan seperti yang anda lihat, mereka telah membuat patung penis yang besar. Selama festival berlangsung, orang-orang boleh membeli sayuran dan hadiah yang berbentuk zakar. Festival ini sangat popular di kalangan pelacur yang berfiikir dengan berpesta boleh mengurangi penyakit seksual dari pada menular. Adakah patut?haha

Yang aku x boleh bla gula-gula dan eskrim berbentuk zakar tu adoi....! sedap jak aku tengok dorang makan haha...yang lain tu plak iya2 menunggang giant penis tu huhu Apa pendapat/rasa/ekspresi Korang kalo tengok org tengah makan bendaalah tu depan mata?
nak tengok bnyk pic kat sini





Thursday, April 23, 2009

Lambat, Tapi Aku Dapat


Jam menunjukkan 3.02 pagi aku tidak dapat tido, entahla napa mungkinkah aku terlalu excited?ya kerana akhirnya tadi petang mission aku tercapai jugak. Aku suda Lulus test jpj! aKU dapat P! mungkin dlm fikiran korang ah setakat Lesen P aku sdh dapat lama da,lepas SPM aku da dapat pun. Tp bagi aku utk mendapatkannya tidak la begitu perit tapi susah, peluang susah mau dpt. Aku igt lagi sewaktu lepas spm(2002) aku menyuarakan hasrat hati kpd parents aku tuk ambik lesen tp hampa, alasan xda duit,aku paham. memang mahal ambik kelas memandu kat Sdkn dkt RM 1000,pas2 aku nak ambik kursus komp sebab agak murah sikit, tp hampa sekali lagi! dorang menggalakkan pegi kursus typing aduh! walaupun berat hati aku layan jakla dr xda benda mau bwtkan, tp kalo kita xda hati mau bwt sesuatu tu, memang xkan jadi ataupun resultnya xlah memuaskan. Begitulah melanda diriku,kelas aku da habis bayar tp aku x hbskan asyik pitam jak dlm kelas typing entahla aku rasa x sedap hati dengan bunyi ketok2 org menaip,

Di pendekkan cerita selepas STPM(2004) pula aku teruskan mission aku utk dptkan lesen dengan bekerja sekali lagi aku gagal! bab xdapat maukumpul duit. Apa tidaknya gaji aku jd cashier rm 300 jak haha... berapa bulan aku nak capai rm 1000 nya makn tambang habis...huh aku kecewa tengok rakan2 semua da ada lesen fully support dr parents. Aku cemburu.....

Tiba masanya aku masuk Uitm ya...dlm sem 3 aku bercadang ingin meneruskan hasratku utk mendapatkan lesen keta, tp dalam sem 5 (2007) baru aku dapat mendaftar ke kelas memandu berdekatan Uitm sek2. Itu pun guna duit PTPTN sedikit. Aku menceritakan hasratku kepada bapaku,dan dia offer aku utk tambah duit kelas memandu oleh alhamdulillah...kerana aku memerlukan duit sampai habis sem, utk sewa rmh dan keperluan harian. Aku gunakan duit ptptn dgn sebaik2nya kerana aku xmau meminta dgn familiy. kadang2 tgk kwn2 selalu p enjoy ngn duit tu jeles gak aku bab aku ni pun semenjak sekolah lg susah mau duduk diam. Tp di sini aku kawal semua itu.. bab aku ada misi sendiri dan tanggungjawab aku mencapainya. Aku makin beriya2 sebab aku fikir nanti da kerja senang tinggal beli keta. Senang p keja...
..
Sekali lagi aku kandas! Aku rasa down gila2 oleh bebelan mamat jpj time pra test jln raya. Aku masih igt dia membebel dgn panjangnya ...apa xnya aku boleh bla lagi dia tegur2 apa kesalahan n kelemahan aku, memang tugas dia. Tp yg dia membebel pasal duit aku, sebok mau tanya guna duit apa? siap sindir2 aku"napa nak kelam kabut ambik lesen? x ready lg, jgn ambik test! bnyk kesalahan awk ni, sy tau bgs guna duit sendiri x susahkan makbapa, tp x syg ker duit tu kalo gagal, awk ambik lagi...bla..bla.bukan jer telinga aku panas bontot aku pun panas gak tgu dia suh keluar. Oh tolong la ! (dlm hati aku diam boleh x?)aku mcm mau teriak kat telinga dia SUKA HATI AKU LA! aku just nak tau aku boleh teruskan ambik real test ka tau x?lulus ka gagal? Oleh kerana aku down gilak, dan x dapat lupakannya aku x jd ambik test.

Tahun ni(2009) aku pun keja lepas grade so, aku kumpul balik duit tuk sambung P. da ada L da..dkt 2 thn da lesen L aku tu,bulan 7 ni dah mampos. Walauapapun aku kena gak dapatkan P!So aku sambungla kat AMpang RM680 dari L ke P. Dalam masa antara kelas2 mandu mau ke test JPJ tu ,aku dan rakan2 aku terlibat kemalangan yg menjejaskan sedikit keyakinan aku tuk memandu. Masih dlm kejutan aku teruskan jugak kelas aku dlm masa sama aku lawan ketakutan, aku masih terbayang2. Lagipun aku da bayar, test x lama lagi. cam xcukup masa jak bab aku bukan ada praktis tptlain pun.

Esoknya aku test tp hari tu aku x yakin mau ambik. Cikgupun mcm xyakin jak, dia mcm marah jak aku drive x ok2 lagi. Aku rasa cam x mau ambik test jak,mau tunda minggu dpan atau tambah kelas. Memang betul2 x yakin dr feedback cigu akuyg memang x kisah sgt aku gagalka lulus. erm sedikit tidak puas hati dgn cikgu yg selalu lewat, aku byr tau! tp aku abaikan malas nak layan perasaan. Aku fokus Mission aku kena Lulus! esoknya aku kuatkan semangat aku set dlm minda aku.
"Buat jak,try jak .Mana aku tau aku lulus ka? gagal? kalo x trykan? mana tau ok jak. Kalo gagal pun repeat jakla aku kumpul lg duit. Bukan susah pun. YG penting try mybest n yakin!" serious memang pergolakkan di minda ku, aku bnyk bermonolog. Aku cepat2 tutup mata rehatkan minda tido.Tunggu jakla esoK. YA! aku terasa mcm mimpi n xpercaya aku sedng menunggu giliran utk test terasa siksa menunggu giliran. Tangan aku semakin sejuk perut aku bekeroncong... aku tgu dgn sabar....huh aku LULUS!
AKU LULUS MYB ...
SEBAB AKU X PANIC
SEBAB AKU SANGAT INGINKANNYA
SEBAB C PAK ABU BG AKU SEMANGAT
SEBAB AKU XNAK BAYAR REPEAT TEST
SEBAB AKU BERANI FIKIR KEGAGALAN
SEBAB AKU BWT LAWAK NGN PEG. JPJ TU
dan aku sgt yakin
SEBAB AKU SENYUM walau DI PHSYCO PEG. JPJ tu
serious! try senyum walau dlm debaran n ketensionan resultnya menakjubkan.

Itula dia walau lambat, akhirnya aku dapat!

Aku teringat n sgt2 setuju komen c JAWS kat 1 blogni
"ala beb..
positif yg sebenar adalah tak takut kepada kegagalan..
gagalkan jer idup anda, barulah anda temui kejayaan..
percayalah..
even dalam study pun"

Saturday, April 18, 2009

Spinning Car! Dalam Kemamaian



Sudah lama aku tidak update blog ini dalam masa ni aku rasa agak trauma sedikit kerana baru-baru ni lebih kurang pukul 11 setengah malam Hari Khamis16/4/09 aku terlibat dalam satu kemalangan di Highway Putrajaya kalau x silapla,sebab pada masa itu aku ngan member aku sesat nak g KL hantar aku balik. Sudah lama aku dan kawan2 tidak berjumpa. Aku agak dALAM sebulan lebih gi2 dah banyak kali kami rancang ingin berjumpa tapi xpernah jadi2. So pada siang hari tu member aku di sri kembangan mengonfirmkan yg hari ni jadi jumpa, dia n bfnya ambik aku dan sorang lagi kawan aku di KLCC. Mau dijadikan cerita, aku bertambah xcited coz member aku lelaki tu(bf minah tadi tu) baru jak keluar kereta baru,rasanya baru seminggu, ni memudahkan lagi perjumpaan kami.


Di pendekkan cerita malam tu member aku becadang mau pegi Karaoke kat Alamanda aku setuju jak walaupun x minat sangat. Aku fikir asalkan boleh lepak sama ketawa sama oklahtu jgn jar pegi clubing suda...penink plak aku huhu...tapi entah kenapa malam tu x sama macam gathering yg selalu, aku perasan di sepanjang perjalanan semuanya agak diam x sehapening selalu. Pada firasatku semua penat sebab hari tu semua baru balik kerja. Tp mungkin itula1 pentanda, ya... mungkin .Bila sampai Alamanda yANG aku heran tu kat sana makan jak. Member aku pompuan yg pada mulanya xcited gila mau melalak tu kata x jadila pegi melalak saket kepala, mau men game jer ala yg game menari2 tu pijak2 anak panah tu..."ui kata saket kepala, menari2 endak plak saket kepala"kata member aku sorang ni c Syafiq. "Menari best, kasi ilang2 saket tu" balas Sherlin. Aku hanya sengih sambil berkata "aik jauh2 pigi sini makan jak? tengok ko menari jak?"


So aku shortcut kan lagi cerita dalam perjalanan balik tu kami tersesat xtau jalan balik, ingat2 lupa, aku lagila memang xtau jalan pun haha..tulah aku xjoin cari jalan...aku pun terlelap letih sangat2 aku rasa habiskan masa dlm kereta jak. Dalam masa aku sedap tido kat sit belakang (aku baring kepala aku kat pangkuan kawan aku) aku dengar bunyi tayar yg kena brek ngan kuat sekali beserta jeritan. Aku buka mata, nak bangun duduk tengok keta mana yg nak xcident, sekali aku tengok cermin rupa-rupanya kereta aku naiki berpusing2 aku nak bangun tengok luar betul ka x? AKU mimpi ka ni? tp x dapat bangun coz kawan aku dah peluk aku ngan kuat sekali aku hanya terbaring dan hanya berdoa cepatlah kereta berhenti sebab aku bayangkan kalo keta tu terbalik memang mampos la.. tau2 jarlakan keta M'sia ni macam tin kena sikit kemek gila@!###. Akhirnya keta tu pun terhenti beserta dentuman kuat kat belakang. Aku kaku sebentar keta tu melangar divider-melintang kat lebuh raya!Mampos! cepat2 member aku suruh c Mantho(empunya kereta) paking di tepi....nasib baik xda keta lain yg menghentam kawan aku ajak semua keluar aku masih kaku+mamai+tekejut huhu.."Oi! keluar la cepat!" member aku jerit. Aku tersentak cepat2 keluar...adoi.. belakang aku terasa saket plak! huh saket dada aku..syukur semuaselamat xda apa2 hanya saket2 sikit jak.. Aku kesian kan Mantho jak keluar jak keta dia belari tengok bontot keta huh! apa lagi menjerit dia aduiiiiii! keta aku! keta aku..dia meracau2 jugakla dalam beberapa minit aku hanya terdiam memandang dia yg xkeruan tu. Aku paham semua nak duit lagi...keta baru, 1 payment pun x bayar lagi ni xcident plakMember aku pempuan yg duduk depan menangis2 da..aku pun xtau nak pujuk camna..aku biarkan jer..sebab aku pun shock!hanya cek kalo2 dia cedera.. Pas2 kitorang cari jalan balik..nasib baik keta boleh jalan lagi..erm...

p/s Gambar di atas hanya hiasan gambar sebenar xdapat upload lagi.. Aku besyukur sekali lagi xda yg cedera. Perasaan berpusing dalam keta tu macam main dalam cup yg berpusing2 kat Sunway Lagoon tu,tp perasaan ni amatla menyaspendkan dan menggerunkan aku huhu
-Mencari kekuatan untuk sambung blajar memandu ni... minggu depan dah test!


Monday, April 6, 2009

Cuti-cuti,Makan-makan (Sandakan-Tuaran)



Kali ni aku buat entry tentang makanan-makanan yang sempat aku capture di sepanjang perjalanan ku dari Sandakan ke Tuaran,Sabah(untuk menghadiri kenduri arwah atuk aku yang ke 100 hari), Mula-mula sekali yang aku cari dan idamkan ini:


Info

Nama:Tongking/buntut ayam pangang

Harga: RM 1.20 1 cucuk

Tempat: Kundasang

Status/Tag: Sangat Sedap! Maybe sebab rempah perapannya




Agak lama jugak aku tidak merasa buntut ayam di sini Seingat aku, hampir 4 tahun aku tidak jalan-jalan Tuaran/Bandar KK.Perjalanan mengambil masa hampir 6jam dan pekan-pekan di lalui ialah seperti Beluaran, Telupid, Kundasang,Ranau dan banyak lg. Banyak perubahan yg aku dapat lihat terutama di Kundasang, buat pengetahuan Kudasang terletak di kaki-kaki gunung(Gunung Kinabalu), Sudah tentu,sedikit sejuk di situ. Banyak gerai-gerai menjual sayur-sayurandan cenderamata tetapi aku tidak sempat tangkap gambar gerai tersebut kerana aku hanya foKus tongkeng ayam tu jak hehe... Wajib makan bila limpas(lalu) Kundasang ni! Rugi kalo x try.


*aku bukan peminat tongkeng/kaki ayam tp sekali aku rasa tongkeng di sini terbayang2 sampai sekarang haha











Satu lagi makanan yang aku jarang jumpa dan makan ialah Udang karang, bukannya xda di Semenanjung tu, tapi sini lagi best sebab senang dapat dan paling penting aku makan pun free jak haha..

Info

Nama: Udang Karang(xtau spieses apa) Goreng Asam

Size: L atau m kot haha (sederhana)

Harga: unknown

Sumber: Sukau-Kampung Makcik aku

Status/Tag; gebu & sadaaaaaaaaaap !

Agak banyak gakla makcik aku booking sebab untuk makan kenduri, 1 kotak besar. Udang tu hanya di goreng dengan asam(asam+ garam+ajinamoto). Walaupun masak simple begitu huh sangat sedap cecah/makan dengan sambal tumis. Isinya begitu tebal sekali sedap~! Puas hati gigit besar2haha..




p/s gambar ini di capture menggunakan camera handphone aku yg tidak seberapa harap maaf di atas ketidakjelasan gambar di atas

Catatan SANDAKAN-TUARAN bersambung di next post....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...