Wednesday, March 25, 2009

Kegelapan Earth Hour Pro Dan Kontra



Tahukah kamu apa itu Kempem Earth Hour? Ya 3 hari lagi dunia berada dalam kegelapan. Mengapa plak? kerana sebanyak 2,712 bandar, in 83 negara thelah komited kepada "Vote to Earth" untuk Kempen Earh Hour 2009. Kempen ni sebagai election antara Earth(bumi tercinta) dengan Global Warming(Kepanasan Global). Sebagai tanda sokongan terhadap(bumi), anda diseru untuk mematikan lampu2 anda pada 28/3/09 selama1 jam dar puku 8 pm-

Sebagai langkah untuk mengurangkan kepanasan global tidak di nafikan kempen ini begitu simbolik dan beharga sekali. Aku pun turut menyokongnya, tapi apa yang memberi tanda tanya dan belegar2 di kepala otak aku ialah kalo kita stand by untuk bergelap menyelamatkan bumi, aku rasa mesti ada penyangak bersedia melakukan penjahanaman apa xnya, semua bergelap senangla pencuri2 bertindak .

Kalo setakat guna lilin tu bukannya nampak ngan jelas pun nampak bayang2 jak. Apa yg sebenarnya aku musykil dan ingin tahu apa langkah2 yg di ambil oleh pihak berkuasa bila tibanya kempen itu berlangsung
? erm selamatkah?

Apa-apa pun peringatan dalam kempen ini memang bagus tapi perubahan habit dalam masa jangka panjang tu lebih penting fikir2 kanla....

Berikut update EartH Hour Malaysia

Updates
  • To date we have more than 23,000 individuals,companies,schools and organizations that have signed up in Malaysia.
  • More than 350 companies have pledged their support
  • More than 9 events have been planned for you to celebrate Earth Hour with. (Log on to earthhour.org/malaysia -> events for details)
  • 2140 cities have pledged their support to go dark in support of Earth Hour, this is more than the target of 1,000 cities that was set for Earth Hour 2009
  • Earth Hour Facebook Group has more than 35,000 friends and growing by the day
  • Earth Hour Malaysia Youtube channel now has all video's and tv commercials
  • KLCC,Dataran Merdeka,KL Tower,Putrajaya are amongst the famous Malaysian icons that have confirmed their participation and more will be updated on earthhour.org/malaysia -> news
10 Things To Do During Earth Hour

1. Gather family & friends for a night picnic
2. Dine in one of the many Earth Hour participating restaurants by candlelight
3. Organise a family night playing board games
4. Throw an Earth Hour street party with your neighbours
5. Arrange a house party lit by torches
6. Take the dog for a night walk
7. Hand write a letter to loved one by lantern
8. Sit in the dark and share stories
9. Read a book using a book light
10. Share a romantic night in with your loved one

Kalo mau RM30
Jangan lupa plak join contest c Jaws ni



Friday, March 20, 2009

Tempoyak/Durian Merah Berani Makan?

Dapatkan resepi UDANG MASAK TEMPOYAK MERAH di POST---> INI

Entry kali ni aku bwt kerana rindu yang membuak-buak terhadap tanah kelahiran ku (Sandkan Sabah)di tambah dengan perasaan kebulur ku ni yg belom makan sejak pagi tadi.Tanpa membuang masa aku cerita sedikit tentang Durian Merah ni-ada berani mau makan? hehe...

Info Durian Merah
Nama Saintifik: Durio kutejensis
Indigenous names: Durian Tabelak, Merah or Sabah
Others:
-durian kunin (Brunei)
-lai, sekawi (Dayak, Kalimantan)
-durian tinggang (Malay, Kalimantan)
-durian merah (Sabah)
-rain isu (Iban, Sarawak)
Kenapa Durian tersebut di panggil Durian Merah?
Sebab yang paling lojiknya tentulah isinya bewarna merah, napa? xpercaya? tengok ni


x puas hatil lagi?



Aku bukanla peminat durian, lagi2 durian yg bewarna kuning/krim tu hehe makan sikit bleh la, tp kalao pasal Tempoyak Merah jgn cakapla. Bedasarkan pengalamanaku, DURIAN MERAH ni tidak la semanis dan pahit seperti durian biasa yg terdapat di seluruh Malaysia, tp rasanya lemak macam rasa jus lobak pun ada (kot/rasanyala). Aku lebih suka makan durian yg telah dijadikan tempoyak,lebih2 lagi UDANG MASAK sambal TEMPOYAK MERAH, memang mengancam,NYAMAN(org sarawak bilang). Rasanya memang lain berbanding masak tempoyak biasa apa yg boleh aku katakan memang rasanya lemak bekrim di sukai ramai.

Sesiapa blom try tu try2la, tp setahu aku Durian ni bnyk terdapat di Kalimantan,Sabah, Semenanjung Malaysia tu aku x tau setakat ni aku lum jumpa lagi di sini. Tp aku xtau sekarang ni musim durian merah atau x? x sabar balik Sandakan ni, arap2 dapat makan Udang masak tempoyak merah tue...huhu. Ada sesiapa berpengalaman makan buah durian merah ni? boleh share di sini

Tuesday, March 17, 2009

Aku Kena Tag C Mas

Haha tengah aku rancak mempromosi Produk DCL gatal tangan aku buka blog c Mas, sudah! aku kena tag.. terganggu emosi sekejap haha.. ambik masa untuk bertag plak hehe. Tp sebenarnya aku x berapa paham tag2 ni tp aku agak2 jak la.. Tajuknya Becerita Tentang Kejiranan Kamu,

*Aku susah mau story, kalo sesiapa baca Siapa Pert, taulah dia knp.

Oleh kerana di beri pilihan aku story pasal tempat kerja la.

1)Terletak di KJ,Sel

2)Pesekitaran yang agak bosan, sebab dalam Giant, ada beberapa lot Kedai.


3)Tp best! boleh dapat diskaun di spa berhampiran sebab aku staff guardian.haha

4)Tiap hari aku akan tengok Pak 2 Guard Giant yg kebanyakkannya terdiri daripada mat Bangla dan Sabahan tecegat kat depan pintu Giant, bukannya sengaja tengok dah pintu masuk Giant tu depan Guardian bwt camna?

5)Aku terima laporan dari collague yg Pak Guard kat situ tu trep macho dan garang jak tp bwt kerja xtau, haha kasian-adakah sudah di inform ada pancuri d Guardian tu, x bwt apa,2 di tinguk jak,tercegat jak, ..hangin Manager aku.

6) Mau pegi bustop jauh jugakla kena jalan. Tp xpa aku anggap tu xcercise untuk ku haha

7)Macam2 kedai ada, buku, kasut,baju. elianto,bodyshop, tp aku jarang explore di situ, habis jak kerja jam 2 aku terus balik, paling tidak pun lepak makan jap di foodcourt tingkat atas ngan budak2 Guardian.

8)Aku suka Keja di Guardian bab barang2nya jual involve kesihatan dan kecantikan, macam2 ada tp tu bwt masalah ngan aku coz terms2 ubAT ,vitamin n so on, banyak lagi aku xtau so masalah sikit serve customer bab2 ubat ni. Bagi salah ubat karang mampos!

9) Setiap hari pun aku rasa di store ni ada jak kotak2, susah mau clearkan, apa xnya setiap dua hari datang stok baru, pastu stok sampai bukan alang2 sampai 70+kotak mau melatup stor.

10)Akan berbalas senyuman sesama jiran(staf store lain)

11)erm entah apa lek mau cerita ni hehe itu saja RACAUAN aku pada kali ni bertemu lagi di episode akan datang,.sekian.

-Harap Maklum-

p/s pening gak buat Racauan ni

Monday, March 16, 2009

Minggu lepas seperti biasa aku beli Bytes. Asal nampak Bytes jak mau beli, nampak jak mau beli..... Di jadikan cerita Bytes tu kononnya aku mau makan lepas balik kerja.Eh nanti dulu korang tauka Bytes tu apa? kalo x tau ni ha aku tunjuk



Jam 4 stgh cam tu aku pun ngan semangatnya mau balik sambil terbayang2kan bytes tadi. Seperti biasa sebelum balik supervisor akan menge cek la segala beg dan bendaalah pekerja.



Sampai di beg aku, dia pun sound aku , "eh ko makan lg benda ni? baik ko cek ada E471..." aku pun cekla kat ingrediantsnya, a'a'.... memang ada pun aku kata" napa kakak?"aku tanya dia "ape kebendenye tu?"loghat2 semenanjungla sikit kan huhu. Pastu supervisior kata ar benda tu x halal supervisior aku tu kata kawan2 dia dapat e-mail e471 x halal bab ada minyak babi entahla...Aku pun ngan ragu2 dan kecewenya (bab Bytes tu Sedap!) aku kata "eh ye ke?biar betul"Tapi ni ada logo halal ni, halal lah tu mana tau dari minyak lembu ke...tubuhanke ape ke..aku kata utk menyedapkan hati aku So aku pun tangguhkanla makan Bytes tu.




Persoalannya di sini mengapa produk produk (sprt Walls,Bytes etc )yg mengandungi E471 YANG DI DAKWA HARAM ITU dapat pensijilan Halal Jakim?Bagi masyarakat Islam,kita memang percayangan logo halal tu

So sampai rumah jak aku terus bukak e-book kesayangan aku ni then bwt research lah konon... aku search la di Homepages-Friends search service.

Result dari Research aku:

Aku dapati dari WIKI ANSWERS

1. What is E471?-

"It is an emulsifier, which is composed of mono and diglycerides of fatty acids.

I don't know what the numbers mean, but I do know that soy lecithin is used as an emulsifier and as a thickener. Soy lecithin is sold in health and natural food stores"

2. Penjelasan dari pihak WALLS MALAYSIA

Kesimpulannya

E471 di diabstrak daripada binatang dan daripada tumbuhan.

So, E471 yang telah mendapatkan pensijilan halal Jakim tidaklah lagi perlu diragui halalnya, kecuali dengan pasti diyakini, pihak pengeluar memasukkan E471 yang berasaskan binatang.

Aku mau tambah sikit lagi Bagi aku kita ni orang awam, kita tengok danberasaskan secara zahir, bila keluar logo halal tu.. tu tanggungjawab, jakim atau jabatan agama negeri. KALo anda yakin, yakinla. kalo ndak.. ndakla .byk lagi benda haram yg kita ter’buat’ selain makan minum nie
e471 tak semua dari lemak babi, walllahu ta’ala a’lam.

e-halal




Saturday, March 14, 2009

Karaoke lagi-Only time by Enya



Great Song!

Gold bar dan Girl party



KEPADA SARLINA haha


Akhirnya tercapai jugak kemahuan aku untuk memiliki Gold Bar Bunga Raya. Petang tadi aku ke Poh Kong Ampank Point untuk menunaikan hajatku, namun setibanya di sana aku kecewa kerana Gold Bar 5gyang aku mahu habis! yg tinggal hanyalah 10g dan ke atas. Ya aku kecewa yg teramat bukannya apa, dahla panas terik tadi, c Gold Bar dah habis..geramla.


Mau di jadikan cerita aku pun tanyala minah POH KONG kat mana lg ada POhKong yg area2 ampank nie? Minah tu pun kata kat Spektrum, So ngan semangatnya aku gi sana sekali lg untuk memenuhi hajat ku. Sekali lagi aku kecewa bcoz kat situ pun dah habis stock! Minah kat situ kata memang bnyk org beli sebab valuenya yg tinggalhanya 1g. Tp kekecewaan aku terubat bila c minah Poh Kong entah kat HQ kot dia suruh hantar la yg 5g tu kat Spektrum. Tp aku kena tunggu 1 jamla. 1jam pun 1 jamlah. Selepas dekat 2 jam (bukannya 1 jam seperti di janjikan) barulah aku dapat Gold Bar tu. Aku pun dengan hepi bawa balik bukan jak GOLD BAR 5G tp 1G pun aku beli ,tulah akibatnya aku lama dok tunggu sambil melilau2 kat Kedai Poh Kong tu lama sangat aku pun angkut la. Ke dua duanya sekali. haha...ni dia GB Bunga Raya tue.

Korang hairan kenapa gurl cam aku x beli rantai mami jarumke, anting2 Jacklyn ker, cincinke..sebabnya aku memang rimas pakai benda2 tu terutamanya emas! entah napa. Tulah aku beli Gold Bar ni sebab nilainya.Tau x nilainya? xtau? YG PENTING BWT PENGETAHUAN EMAS NI KALO KORANG JUAL HARGA DIA KURANG 12% JER berbanding rantai2 mami jarum 2 yg akan less 25% dari ko beli. Sesuailah utk aku yg memang x minat aksesori2. So ni lah dia:
gold-bar


Next Mission Gold Bar Pamp Suisse with Lady Fortuna Face.


Apa plak kaitannya ngan Gurl Party? xda kaitan pon, cumanya esok membe sekolah aku c ADRINA bwt Bday party dia untuk gurl sahaja-guest bak kata informer semuanya budak2 sekolah aku dulu. HUH xsabarnya jumpa diorang 7 thn da tinggalkan zaman sekolah yg lain2 tu pun betahun aku x jumpa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...